skip to main |
skip to sidebar
Yahoo...aku dah naik LRT dah..setelah sekian lama tak naik. Sebab aku hari ni pagi2 lagi dah kena pergi ambank kat klcc sbb nak ambil borang. Dsebabkan malas naK drive, aku gatal nak naik LRT. Best gak..ramai awek. Ni tgh tunggu 930 baru boleh naik amBANK. Aku tringat kau bila tgk LRT...haha
Ini ada kawan aku yang cakap. Aku tak cakap apa2..walaupun agaknya semua org tahu sambungannya. Memang semenjak dua menjak ni aku rasa macam malas nak cakap banyak. Sebab aku rasa cara cakap dan bahasa aku mungkin tak menarik dan buat org rasa macam "aku marah".Tapi aku tak marah. Cuma kecewa dgn kau. Dengan cara kau bercakap. Kena cakap terus terang beb..kan senang. Aku makan garam lebih...sebab tu aku tahu banyak garam. Aku tak pernah tinggal org..org tu yang blah sendiri. Aku tak buang kau. Dan kau memang beria2 nak blah. Tahu...aku tahu...kau nak blah. Kau nak balik negeri kau...nak dekat ngan kucing kau. Bagus tu...rezeki kau kat sana agaknya...aku tak halang.Minta maaf utk apa??? Kalau tak salah buat apa nak minta maaf. Bukan aku cakap bodoh. Keje tu yg bodoh. Jangan buat keje bodoh..sebab aku pun risau. Kat situ gelap..bahaya....jangan jadi bodoh dalam gelap. Walau aku takde suara..tapi aku ingat kau. Apa2 aku beli aku nak bagi semua org...kau pun sama. Lunch aku ngan org lain tapi aku ingat jugak. Aku pun ade perasaan...kau pun sama. Tapi sorry la..aku masih teragak2 lagi...nanti bila sampai masanya aku pegi dekat kau. Hati aku menjerit tapi suara takda. p.s: sesiapa yg rasa tulisan aku ni merapu, tak paham, gila, poyo dan seumpamanya....SILA KELUAR SEGERA DR BLOG AKU....PEGIHHHH!!!!!!!
Jumaat lepas..setelah balik dari Langkawi, bila on je modem..satu rumah blackout (litar pintas/kebocoran arus). Maxis mmg bodoh..ingat nak update blog..tapi semua usaha terbantut.Dah la sehari dua sebelum bertolak ke sana tak sempat nak berinternet kat rumah. Bizi sikit. Tambah pulak malam nak gerak tu..satu "ayat" aku dengar dari telinga astro ini. Memang sedih dan mengejutkan aku.Tapi aku cover balik kat sana. Dengan kepintaran dan pengalaman yg ade...semuanya kembali ke keadaan asal. Alhamdulillah.Puas hati Syg & Am nampaknya happy.p.s: foto2 masa kat sana akan menyusul.
Bila dapat soalan maut yg susah nak dijawab, menyebabkan aku dah hilang mood. Tambah dengan sound system yg tak berapa nak dengar. Jarang aku tak boleh jawab soalan org...tapi bila ini tjadi..aku memang susah nak bkata2....susah sangat2. Kena faham...kenapa banyak kali cakap faham..faham...faham. Tapi sebenarnya tak memahami keadaan. Kenapa aku bodoh tak bagi tahu...memang kali ni aku nekad aku nak bagi tahu. Kalau tak mmg tak lama.Lepas dpt tahu yg ade datang sini...hati perasaan aku rasa macam aku ni "cakap tak serupa bikin". Walaupun aku tahu aku tak macam tu. Penat..mmg penat. Pagi2 aku dah berkhidmat. Dahla hari Sabtu..hari yg sepatutnya org rehat. Tapi tak kisahlah,,..dah mmg tanggung jawab. Tapi bila benda2 camni jadi...aku jadi makin penat. NAK REHAT.
Ada dua pepatah yang aku dapat hari ni. Biasanya digunakan untuk menyatakan provokasi keatas pihak yang satu lagi. Entah..aku pun tak paham.
Pepatah 1. Paku dulang, paku bengkok. Mengata org, dia yang bongok.
Pepatah 2. Rumah dah siap, pahat berbunyi tak nak senyap.
Sumber: Geng (em.....mampus)
Ini "Geng"
Akum, hai. Tuan2 dan Puan2 hadirin hadirat sekalian. Selamat datang. Tq kerana sudi menyinggah ke blog baruku..tempatku "Sesekali Menulis". Hahaha...Tak kisahla korang nak ckp ape...semua dihujung jari dengan adenya kemajuan teknologi. Cuma jgn terlalu taksub/obses kpd teknologi itu...kerana "Bersuara" lebih baik. Caw...GTG.