Friday, March 5, 2010

Belum Mati...sakit gigi jek

Yang kedua untuk tahun 2010.

Kalau ikut kepada maklum balas pengunjung blog aku yang tak seberapa ramai ni..., diorg cakap blog ni memang hampeh.....very slow.....siap kena tambah "the"...very the slow.Tahun ni baru post no.2. Dah lah gambar katak takde kene mengena dengan post2 aku sblm ni. "Tu lah kau....org buat blog kau nak buat blog gak". "Budak sekolah punya blog lagi gempak la..."...."blog lu lawnya gila"...."tanam je blog kau tu Azmiii"......"Blog kau banyak tapi...sikit2 tapi..tapi". Hahaha...ade aku kisah kau nak cakap ape.....oii tambie...kau ingat blog lu tu gah sgt ka????

Dah dua hari aku sakit gigi. Sampai demam2...tadi pergi klinik dia bagi ubat gusi bengkak dengan beberapa ubat lagi. Dia cakap ade sebatang gigi geraham yang sedang tumbuh. Wahhhh...rupa2nya gigi aku belum tumbuh semua. Dr tu pun cakap.....gigi ni dia bukan tahu dia nak stop tumbuh bila. Kalau ade peluang dia tumbuh je. Aku pun senyum je lah...pastu Dr tu bagi MC...aku dalam hati pun cakap...org tak mintak dia offer nak bagi..aku pun cakap, "ok Dr...no problem"...

Walaupun dapat mc aku masuk gak office. Dah nak tengahari..masuk jek lah...nak balik pun takde sapa2 kat rumah. Lagi pun aku malas nak layan org2 yg sakit hati dengki kianat nak tembak2 aku kat tuttut. Dah memang org tak sekolah, otak tak berapa berfungsi..banyak ikut emosi. Emmphh..aku malas nak layan korang.

Sebelum berpisah, aku nak maklumkan yang trend menaik sedang berterusan sejak seminggu yang lepas. Harap2 trend itu akan berterusan dalam dua atau tiga minggu dalam bulan ni...dengan banyaknya event2 kat muka bumi ini...cthnya..gempa bumi..pilihanraya Iraq...kenaikan harga petrol yang menyebabkan ia terus dalam keadaan yang menaik. Kalau bterusan menaik...agaknya boleh cover cost.

Sekian.

p.s: terima kasih kepada yg memberi kata2 semangat. Sebabnya semangat aku dah semakin hilang.

Friday, January 8, 2010

Hai...2010

Hai Semua.

Jumpa lagi di Tahun baru 2010. Selamat Tahun Baru...rasanya ucapan tu belum terlambat lagi. Seperti yang sedia maklum, memang sejak dua menjak ni aku sibuk sikit. Banyak benda yang menyibukkan, banyak benda yang aku jumpa, dan banyak benda yang aku teliti. Haha...

Tahun 2010 ni memang la tahun yang mencabar. Cabaran yang perlukan keberaniaan. Keberaniaan yang disusuli dengan pengetahuan. Banyak ilmu yang aku kena cari. Banyak ilmu yang kena pelajari dan banyak ilmu yang aku nak kongsi.

Bila bercerita pasal keberaniaan, aku memang jenis yang berani ambil risiko. Tapi ada org kata, kalau nak berjaya kena berani ambil risiko....risiko ape ke jadah nye tuuuuu?????

Tahun ni aku harap hidup aku akan lebih sempurna. Semua yang aku nak aku kena usahakan bagi sampai dapat. Kalau ikutkan list, banyak benda aku kena buat nih.....sempat ke tak sempat aku pun tak pasti. Tapi harap2 dapat la....kalau tak dapat semua pun, dapat rasa untung sikit pun dah kira okey la beb. Tapi (tp lg...), aku rasa tindakan aku ni betul. Kalau aku tak betul pun aku tanya2 org, cam betul. Aku tanya family aku pun diorg cakap betul. Semua cakap....betul betul betulllllll.

Banyak perkara juga yang aku harap tak akan jadi. Mintak2 tak jadi yang sebaliknya. Mintak2 aku tak lupa daratan, tak lupa Tuhan, tak lupa family, tak lupa kawan2, tak boros, tak banyak berangan, tak suka curi nafas masa karaoke, tak kutuk org, tak balik lambat, tak cepat naik angin satu badan, tak behenti kerja tanpa sebab yg munasabah, tak jadi org tua gayut, tak lupa makan ubat, tak pakai baju ketika tido, tak lupa sokong liverpool walaupun diorg main cam tahi....dsb yg penat nak aku tulis.


Sekian.

harap2 tahun ni aku punya post boleh cecah 100.


Wednesday, December 23, 2009

Selamat Tinggal Kingazmi

Aku rasa blog aku ni memang tak menarik dan hambar. Aku pun bukan pandai sangat buat ayat. Terutama ayat yang menikam jiwa.

Memang pada mulanya blog ni aku wujudkan untuk aku meluahkan rasa hati dan perasaan. Tapi sebenarnya apa cara sekalipun, memang tiada siapa yang paham hati dan perasaan ini. Bacalah seratus kali sekalipun post2 dalam blog ni, tapi tetap tiada siapa yang faham. Kenapa ha??

Aku tak sepatutnya rasa macam ni. Aku kena tanya diri aku...aku ni siapa?? Aku tak nak rasa apa2 lagi dan aku tak nak ambil tahu lagi. Kau bebas buat apa sahaja, sebab masanya akan tiba juga satu hari nanti. Memang telinga dan mata boleh dengar dan baca apa sahaja, tapi perasaan aku hanya aku sahaja yang tahu. Untuk aku tinggalkan semuanya mungkin tidak. Aku boleh layan apa saja. Aku pun boleh simpan ape saja. Jangan bimbang dan risau, aku dah anggap apa yang aku dengar tu sebenarnya tiada kaitan dengan aku. Aku ada kerna kau pun ada. Kalau takda, maksudnya takda lah.

Dengan ini, blog aku hanya sampai disini saja. Ini adalah yang terakhir. Sebab setiap yang bermula akan berakhir, bila tiba masanya.

SELAMAT TINGGAL KINGAZMI.......


Sunday, December 20, 2009

Cara Membahagiakan Orang Lain.

Banyak cara yang boleh buat org2 sekeliling rasa bahagia. Rasa kehidupan ini sangat bermakna. Rasa dihargai dan disayangi. Sebab semua manusia suka disayangi. Bukan begitu??? Tanyalah diri saudara/i sendiri.. Tentu jawapannya, "Ya, saya suka disyangi".

Menyayangi orang lain bukannya susah sangat. Buat baik, pandai ambil hati, ambil tahu, suka pasang telinga (bukan menyibuk), suka bertanya, suka menghemburkan pujian, suka belikan hadiah walaupun hadiah tu cepat pecah...itu semua adalah antara cara2 yang sangat2 simple utk buat org rasa disayangi. Senang bukan???

Tapi ade setengah orang yang memang seorang yang penyayang, tapi susah nak tunjukperasaan sayangkan orang lain. Tapi memang ade jugak orang yang penyayang, tapi dengan skill yang ada rasa sayang itu cepat sampai kepada org yang disayanginya. Tapi yang ni memang teruk...jenis org yg tak penyayang..dan tak sayang pun org yg menyayanginya. Manusia jenis ni memang patut dicincang, buat sup, campak kat laut bagi jerung makan.

Melalui sentuhan jugak, rasa sayang itu boleh disampaikan. Sebab sentuhan adalah satu cara yang dapat menarik rasa minat org yang disentuhinya. Yang ini pun kena ada teknik dan taktiknya jugak. Bukan boleh main letak je. Perlu ada rasa dari dalam baru rasa dari dalam itu boleh diterjemahkan melalui sentuhan. Kalau tak percaya, saudara/i boleh cuba. Gosoklah mana2 tempat yang saudara/i suka. Tentu org yang tersayang akan rasa gembira.

Oleh itu, sayang lah orang yang anda sayangi. selamat mencuba.

p.s: kawan2 melalak dan terpekik tadi. dapat uji kehebatan vokal masing2. dapat tebus vokal yang hancur tu. puas dan menyeronokkan. A to F. U dapat C+. Cuba lagi my friends.

Friday, December 11, 2009

Cuti Hari Jumaat

Cuti hari Jumaat memang banyak faedahnya. Selain dapat berehat kat rumah, dapat jugak aku buat benda yg dah lama tak buat. Emm..kenapa ha?? Susah sangat nak buat. Bukan payah sangat nak buat pun. Tapi kalau berpura2 pun tak guna. Tak sampai nanti.

Cakap pasal berpura2 dalam hidup ni, aku teringat kat kau. Memang kau hebat belakon. Lakonan kau kat depan memang hebat. Kenapa kau buat semua ni. Kau dah jadi macam orang gaji. Tak suka jangan paksa2. Kau dah besar, dah ada hidup sendiri. Tapi takpa...enjoylah. Jangan pecah kepala dah.

Pecah punya cerita lain pulak. Niat nak pecahkan benda tu memang tak patut. Kalau pecahkan rugi, mahal tu. Tapi aku akan simpan benda tu. Berat untuk aku bukak. Kenapa aku pun tak tahu.

Aktiviti hari ni rasa macam nak makan ikan. Kejap lagi nak pergi Mid Velly nak makan kat Manhanttan Fish Shop. Tak ramai org yg tahu aku suka makan ikan. Tapi makan kat situ lain sikit. Banyak nostalgia kat situ. Kalau masanya dah tiba sekalipun aku suka makan kat situ. Buatkan aku ingat semuanya. Memangla beb...perasaan tak boleh menipu.




Tuesday, December 8, 2009

Jadi Hero..Tangkap Pencuri

Pagi tadi aku memang kerja dalam keadaan aman. Setelah semua report2 siap dan dihantar dengan jayanya..aku mulalah bersantai. Wah..amannya hidup ini. Tanpa sebarang kerja mengejar aku, dan panggilan2 yang memang menyakitkan hati, aku hidup sungguh aman..sambil menghirup udara segar.

Tiba2 aku terpanggil untuk menjenguk ke luar office..mencuci mata dengan pandangan yang indah. Setelah sampai di depan pintu masuk office, dengan berlapikkan cermin kaca aku menumpukan pandanganku ke luar. Banyak sungguh kereta, bersusun macam kedai jual kereta. Ade kereta Myvi putih yg dibalut, ade kereta kebal yang tersergam indah dengan meriamnya, ade kereta oren yang gagah menghiasi pemandangn depan ofis. Memang buruk pemandangan tu.

Tiba2, aku ternampak kelibat seorang yang mencurigakan. Mundar mandir sambil memerhatikan sebuah kereta warna kuning. Lalu, aku dapat jangkakan, lelaki itu berniat untuk melakukan jenayah. Memang hantu betul.

Tanpa berlengah lagi, aku capai N97 aku dah gerak-geri lelaki itu pun aku rakam. Tiba2, jangkaan aku tepat. Lelaki itu cuba pecah masuk kereta warna kuning tadi. Aku dapat rakam kejadian tu sebagai bahan bukti.

Kemudian aku sergah lelaki tu,"Woi...Curi". Lelaki itu pun terkejut. Aku pun membelasah lelaki itu. Memang....kau lauk aku hari ni (maaf.....adegan membelasah tidak sempat dirakam).



Ehh..aku sebenarnya berimaginasi. Aku rasa daya imaginasi aku memang tak sehebat sesetengah orang yang pandai memanipulasi keadaan menjadi bertambah hidup. Aku pun rasa aku tak boleh jadi editor buku cerita kanak2. Tak tercapai akalku.



Thursday, December 3, 2009

Rasa Nak Berhenti

Pada pengamatan aku, antara sebab2 utama rasa nak berhenti kerja bagi seorang pekerja adalah:

  • Gaji - memang ini adalah sebab utama Semangat Yang Hilang. Walaupun ada sesetengah org berkata, "Kerja bukan untuk wang semata2"...hehh..jgn jadi hipokrit. Kalau gaji pun ciput, setelah study mengabiskan duit beriban2....ini gaji yg aku dapat. Orang lain dah ade macam2....takkan aku nak duk takuk ni lagi.
  • Tekanan kerja - memang ramai yang hantar resume sana sini disebabkan tak tahan dengan tekanan kerja. Apa2 nak kena terus masuk gear 3. Bergantung kepada kemampuan individu. Ada sesetengah boleh speed terus...ade yg nak kena panaskan engine berejam..baru boleh nak gerak. Kebanyakan gomen staf tak ade tekanan sengat. Memang air muka diorang macam takde ape2 yang jadi. Tapi kalau kerja takde tekanan pun tak seronok jugak...jadi lembab.
  • Jauh dengan keluarga - Yang ini aku keliru sikit. Tapi aku pernah dengar, yg ade orang nak behenti sebab nak cari kerja lain yang dekat dengan famili. Tapi ade jugak yg boleh bertahan. Walaupun jauh kutabahkan hati. Yang makhluk yg jenis macam ni memang aku tabik.
  • Ade masalah dengan kawan/bos - Kalau dah dengan kawan2/bos tak ngam, memang semangat nak cari kerja lain pun akan datang. Kalau pergi kerja rasa macam masuk neraka, memang wajarlah angkat kaki. Tapi tempat kerja aku pun rasa macam masuk neraka..sebab byk setan2 kat bawah tu. Tapi aku takde rasa nak angkat kaki lagi..hehe.
  • Apa yang diharapkan tak dapat - sebagai pekerja, banyak harapan disandarkan kepada majikan. Tapi tak semua majikan faham apa kemahuan pekerja. Pekerja bukan mintak banyak pun, cuma gula2 untuk kuatkan semangat perlu ade. Tak kisah dalam bentuk/keadaan ape sekalipun. Paling tidak pun......ADE.
  • Dah rasa boleh pergi jauh - kalau dah rasa memang boleh dapat peluang lagi bagus..demi masa depan, kalau dah dapat, sambar jelah..ape tunggu lagi. Kau yg kerja kerajaan pun boleh resign..heh.
Itulah serba sedikit. Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal. Cuma pendapat aku semata2. Bye..