Pagi tadi aku memang kerja dalam keadaan aman. Setelah semua report2 siap dan dihantar dengan jayanya..aku mulalah bersantai. Wah..amannya hidup ini. Tanpa sebarang kerja mengejar aku, dan panggilan2 yang memang menyakitkan hati, aku hidup sungguh aman..sambil menghirup udara segar.
Tiba2 aku terpanggil untuk menjenguk ke luar office..mencuci mata dengan pandangan yang indah. Setelah sampai di depan pintu masuk office, dengan berlapikkan cermin kaca aku menumpukan pandanganku ke luar. Banyak sungguh kereta, bersusun macam kedai jual kereta. Ade kereta Myvi putih yg dibalut, ade kereta kebal yang tersergam indah dengan meriamnya, ade kereta oren yang gagah menghiasi pemandangn depan ofis. Memang buruk pemandangan tu.
Tiba2, aku ternampak kelibat seorang yang mencurigakan. Mundar mandir sambil memerhatikan sebuah kereta warna kuning. Lalu, aku dapat jangkakan, lelaki itu berniat untuk melakukan jenayah. Memang hantu betul.
Tanpa berlengah lagi, aku capai N97 aku dah gerak-geri lelaki itu pun aku rakam. Tiba2, jangkaan aku tepat. Lelaki itu cuba pecah masuk kereta warna kuning tadi. Aku dapat rakam kejadian tu sebagai bahan bukti.
Kemudian aku sergah lelaki tu,"Woi...Curi". Lelaki itu pun terkejut. Aku pun membelasah lelaki itu. Memang....kau lauk aku hari ni (maaf.....adegan membelasah tidak sempat dirakam).
Ehh..aku sebenarnya berimaginasi. Aku rasa daya imaginasi aku memang tak sehebat sesetengah orang yang pandai memanipulasi keadaan menjadi bertambah hidup. Aku pun rasa aku tak boleh jadi editor buku cerita kanak2. Tak tercapai akalku.

No comments:
Post a Comment