Wednesday, December 23, 2009

Selamat Tinggal Kingazmi

Aku rasa blog aku ni memang tak menarik dan hambar. Aku pun bukan pandai sangat buat ayat. Terutama ayat yang menikam jiwa.

Memang pada mulanya blog ni aku wujudkan untuk aku meluahkan rasa hati dan perasaan. Tapi sebenarnya apa cara sekalipun, memang tiada siapa yang paham hati dan perasaan ini. Bacalah seratus kali sekalipun post2 dalam blog ni, tapi tetap tiada siapa yang faham. Kenapa ha??

Aku tak sepatutnya rasa macam ni. Aku kena tanya diri aku...aku ni siapa?? Aku tak nak rasa apa2 lagi dan aku tak nak ambil tahu lagi. Kau bebas buat apa sahaja, sebab masanya akan tiba juga satu hari nanti. Memang telinga dan mata boleh dengar dan baca apa sahaja, tapi perasaan aku hanya aku sahaja yang tahu. Untuk aku tinggalkan semuanya mungkin tidak. Aku boleh layan apa saja. Aku pun boleh simpan ape saja. Jangan bimbang dan risau, aku dah anggap apa yang aku dengar tu sebenarnya tiada kaitan dengan aku. Aku ada kerna kau pun ada. Kalau takda, maksudnya takda lah.

Dengan ini, blog aku hanya sampai disini saja. Ini adalah yang terakhir. Sebab setiap yang bermula akan berakhir, bila tiba masanya.

SELAMAT TINGGAL KINGAZMI.......


Sunday, December 20, 2009

Cara Membahagiakan Orang Lain.

Banyak cara yang boleh buat org2 sekeliling rasa bahagia. Rasa kehidupan ini sangat bermakna. Rasa dihargai dan disayangi. Sebab semua manusia suka disayangi. Bukan begitu??? Tanyalah diri saudara/i sendiri.. Tentu jawapannya, "Ya, saya suka disyangi".

Menyayangi orang lain bukannya susah sangat. Buat baik, pandai ambil hati, ambil tahu, suka pasang telinga (bukan menyibuk), suka bertanya, suka menghemburkan pujian, suka belikan hadiah walaupun hadiah tu cepat pecah...itu semua adalah antara cara2 yang sangat2 simple utk buat org rasa disayangi. Senang bukan???

Tapi ade setengah orang yang memang seorang yang penyayang, tapi susah nak tunjukperasaan sayangkan orang lain. Tapi memang ade jugak orang yang penyayang, tapi dengan skill yang ada rasa sayang itu cepat sampai kepada org yang disayanginya. Tapi yang ni memang teruk...jenis org yg tak penyayang..dan tak sayang pun org yg menyayanginya. Manusia jenis ni memang patut dicincang, buat sup, campak kat laut bagi jerung makan.

Melalui sentuhan jugak, rasa sayang itu boleh disampaikan. Sebab sentuhan adalah satu cara yang dapat menarik rasa minat org yang disentuhinya. Yang ini pun kena ada teknik dan taktiknya jugak. Bukan boleh main letak je. Perlu ada rasa dari dalam baru rasa dari dalam itu boleh diterjemahkan melalui sentuhan. Kalau tak percaya, saudara/i boleh cuba. Gosoklah mana2 tempat yang saudara/i suka. Tentu org yang tersayang akan rasa gembira.

Oleh itu, sayang lah orang yang anda sayangi. selamat mencuba.

p.s: kawan2 melalak dan terpekik tadi. dapat uji kehebatan vokal masing2. dapat tebus vokal yang hancur tu. puas dan menyeronokkan. A to F. U dapat C+. Cuba lagi my friends.

Friday, December 11, 2009

Cuti Hari Jumaat

Cuti hari Jumaat memang banyak faedahnya. Selain dapat berehat kat rumah, dapat jugak aku buat benda yg dah lama tak buat. Emm..kenapa ha?? Susah sangat nak buat. Bukan payah sangat nak buat pun. Tapi kalau berpura2 pun tak guna. Tak sampai nanti.

Cakap pasal berpura2 dalam hidup ni, aku teringat kat kau. Memang kau hebat belakon. Lakonan kau kat depan memang hebat. Kenapa kau buat semua ni. Kau dah jadi macam orang gaji. Tak suka jangan paksa2. Kau dah besar, dah ada hidup sendiri. Tapi takpa...enjoylah. Jangan pecah kepala dah.

Pecah punya cerita lain pulak. Niat nak pecahkan benda tu memang tak patut. Kalau pecahkan rugi, mahal tu. Tapi aku akan simpan benda tu. Berat untuk aku bukak. Kenapa aku pun tak tahu.

Aktiviti hari ni rasa macam nak makan ikan. Kejap lagi nak pergi Mid Velly nak makan kat Manhanttan Fish Shop. Tak ramai org yg tahu aku suka makan ikan. Tapi makan kat situ lain sikit. Banyak nostalgia kat situ. Kalau masanya dah tiba sekalipun aku suka makan kat situ. Buatkan aku ingat semuanya. Memangla beb...perasaan tak boleh menipu.




Tuesday, December 8, 2009

Jadi Hero..Tangkap Pencuri

Pagi tadi aku memang kerja dalam keadaan aman. Setelah semua report2 siap dan dihantar dengan jayanya..aku mulalah bersantai. Wah..amannya hidup ini. Tanpa sebarang kerja mengejar aku, dan panggilan2 yang memang menyakitkan hati, aku hidup sungguh aman..sambil menghirup udara segar.

Tiba2 aku terpanggil untuk menjenguk ke luar office..mencuci mata dengan pandangan yang indah. Setelah sampai di depan pintu masuk office, dengan berlapikkan cermin kaca aku menumpukan pandanganku ke luar. Banyak sungguh kereta, bersusun macam kedai jual kereta. Ade kereta Myvi putih yg dibalut, ade kereta kebal yang tersergam indah dengan meriamnya, ade kereta oren yang gagah menghiasi pemandangn depan ofis. Memang buruk pemandangan tu.

Tiba2, aku ternampak kelibat seorang yang mencurigakan. Mundar mandir sambil memerhatikan sebuah kereta warna kuning. Lalu, aku dapat jangkakan, lelaki itu berniat untuk melakukan jenayah. Memang hantu betul.

Tanpa berlengah lagi, aku capai N97 aku dah gerak-geri lelaki itu pun aku rakam. Tiba2, jangkaan aku tepat. Lelaki itu cuba pecah masuk kereta warna kuning tadi. Aku dapat rakam kejadian tu sebagai bahan bukti.

Kemudian aku sergah lelaki tu,"Woi...Curi". Lelaki itu pun terkejut. Aku pun membelasah lelaki itu. Memang....kau lauk aku hari ni (maaf.....adegan membelasah tidak sempat dirakam).



Ehh..aku sebenarnya berimaginasi. Aku rasa daya imaginasi aku memang tak sehebat sesetengah orang yang pandai memanipulasi keadaan menjadi bertambah hidup. Aku pun rasa aku tak boleh jadi editor buku cerita kanak2. Tak tercapai akalku.



Thursday, December 3, 2009

Rasa Nak Berhenti

Pada pengamatan aku, antara sebab2 utama rasa nak berhenti kerja bagi seorang pekerja adalah:

  • Gaji - memang ini adalah sebab utama Semangat Yang Hilang. Walaupun ada sesetengah org berkata, "Kerja bukan untuk wang semata2"...hehh..jgn jadi hipokrit. Kalau gaji pun ciput, setelah study mengabiskan duit beriban2....ini gaji yg aku dapat. Orang lain dah ade macam2....takkan aku nak duk takuk ni lagi.
  • Tekanan kerja - memang ramai yang hantar resume sana sini disebabkan tak tahan dengan tekanan kerja. Apa2 nak kena terus masuk gear 3. Bergantung kepada kemampuan individu. Ada sesetengah boleh speed terus...ade yg nak kena panaskan engine berejam..baru boleh nak gerak. Kebanyakan gomen staf tak ade tekanan sengat. Memang air muka diorang macam takde ape2 yang jadi. Tapi kalau kerja takde tekanan pun tak seronok jugak...jadi lembab.
  • Jauh dengan keluarga - Yang ini aku keliru sikit. Tapi aku pernah dengar, yg ade orang nak behenti sebab nak cari kerja lain yang dekat dengan famili. Tapi ade jugak yg boleh bertahan. Walaupun jauh kutabahkan hati. Yang makhluk yg jenis macam ni memang aku tabik.
  • Ade masalah dengan kawan/bos - Kalau dah dengan kawan2/bos tak ngam, memang semangat nak cari kerja lain pun akan datang. Kalau pergi kerja rasa macam masuk neraka, memang wajarlah angkat kaki. Tapi tempat kerja aku pun rasa macam masuk neraka..sebab byk setan2 kat bawah tu. Tapi aku takde rasa nak angkat kaki lagi..hehe.
  • Apa yang diharapkan tak dapat - sebagai pekerja, banyak harapan disandarkan kepada majikan. Tapi tak semua majikan faham apa kemahuan pekerja. Pekerja bukan mintak banyak pun, cuma gula2 untuk kuatkan semangat perlu ade. Tak kisah dalam bentuk/keadaan ape sekalipun. Paling tidak pun......ADE.
  • Dah rasa boleh pergi jauh - kalau dah rasa memang boleh dapat peluang lagi bagus..demi masa depan, kalau dah dapat, sambar jelah..ape tunggu lagi. Kau yg kerja kerajaan pun boleh resign..heh.
Itulah serba sedikit. Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal. Cuma pendapat aku semata2. Bye..

Wednesday, December 2, 2009

Langkawi


Cuti-cuti Langkawi. Bawa family melancong, setelah lama tak jalan2 dan tunggu Am besar..aku bawa family aku melancong. Bagi aku trip kali ni utk aku betul2
rehat, tapi Wife aku beria nak shopping. Biar je bagi diorang puas hati.

Disebabkan lepas balik dr Langkawi, aku malas sikit nak update blog. Lambatla aku nak masukkan gambar2. Lagipun aku bukan blogger sejati.


Cepat...duk situ mama ambik gambar
.

Burung besar..


Bagi makan rusa kat GeoPark


Haiwan lagi...penguin tp tak blh pegang

Papa penguin


Mama suka shopping jek

p.s: Lain kali kalau ade rezeki nak pergi tempat lain lak. Nak belikan Geng tshirt sehelai sorang. Bagi diorg, setakat belikan key chain baik tak payah beli.





Thursday, November 26, 2009

Naik LRT..Bestnye

Yahoo...aku dah naik LRT dah..setelah sekian lama tak naik. Sebab aku hari ni pagi2 lagi dah kena pergi ambank kat klcc sbb nak ambil borang. Dsebabkan malas naK drive, aku gatal nak naik LRT. Best gak..ramai awek. Ni tgh tunggu 930 baru boleh naik amBANK.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Aku tringat kau bila tgk LRT...haha 

Wednesday, November 25, 2009

Kawan Ketawa Senang Dicari......

Ini ada kawan aku yang cakap. Aku tak cakap apa2..walaupun agaknya semua org tahu sambungannya. Memang semenjak dua menjak ni aku rasa macam malas nak cakap banyak. Sebab aku rasa cara cakap dan bahasa aku mungkin tak menarik dan buat org rasa macam "aku marah".

Tapi aku tak marah. Cuma kecewa dgn kau. Dengan cara kau bercakap. Kena cakap terus terang beb..kan senang. Aku makan garam lebih...sebab tu aku tahu banyak garam.

Aku tak pernah tinggal org..org tu yang blah sendiri. Aku tak buang kau. Dan kau memang beria2 nak blah. Tahu...aku tahu...kau nak blah. Kau nak balik negeri kau...nak dekat ngan kucing kau. Bagus tu...rezeki kau kat sana agaknya...aku tak halang.

Minta maaf utk apa??? Kalau tak salah buat apa nak minta maaf. Bukan aku cakap bodoh. Keje tu yg bodoh. Jangan buat keje bodoh..sebab aku pun risau. Kat situ gelap..bahaya....jangan jadi bodoh dalam gelap.

Walau aku takde suara..tapi aku ingat kau. Apa2 aku beli aku nak bagi semua org...kau pun sama. Lunch aku ngan org lain tapi aku ingat jugak. Aku pun ade perasaan...kau pun sama. Tapi sorry la..aku masih teragak2 lagi...nanti bila sampai masanya aku pegi dekat kau. Hati aku menjerit tapi suara takda.

p.s: sesiapa yg rasa tulisan aku ni merapu, tak paham, gila, poyo dan seumpamanya....SILA KELUAR SEGERA DR BLOG AKU....PEGIHHHH!!!!!!!

Sunday, November 22, 2009

Kenapa buat macam ni???

Jumaat lepas..setelah balik dari Langkawi, bila on je modem..satu rumah blackout (litar pintas/kebocoran arus). Maxis mmg bodoh..ingat nak update blog..tapi semua usaha terbantut.

Dah la sehari dua sebelum bertolak ke sana tak sempat nak berinternet kat rumah. Bizi sikit. Tambah pulak malam nak gerak tu..satu "ayat" aku dengar dari telinga astro ini. Memang sedih dan mengejutkan aku.

Tapi aku cover balik kat sana. Dengan kepintaran dan pengalaman yg ade...semuanya kembali ke keadaan asal. Alhamdulillah.

Puas hati Syg & Am nampaknya happy.

p.s: foto2 masa kat sana akan menyusul.

Sunday, November 15, 2009

Soalan Yang Susah Untuk Dijawab..

Bila dapat soalan maut yg susah nak dijawab, menyebabkan aku dah hilang mood. Tambah dengan sound system yg tak berapa nak dengar. Jarang aku tak boleh jawab soalan org...tapi bila ini tjadi..aku memang susah nak bkata2....susah sangat2.

Kena faham...kenapa banyak kali cakap faham..faham...faham. Tapi sebenarnya tak memahami keadaan. Kenapa aku bodoh tak bagi tahu...memang kali ni aku nekad aku nak bagi tahu. Kalau tak mmg tak lama.

Lepas dpt tahu yg ade datang sini...hati perasaan aku rasa macam aku ni "cakap tak serupa bikin". Walaupun aku tahu aku tak macam tu.

Penat..mmg penat. Pagi2 aku dah berkhidmat. Dahla hari Sabtu..hari yg sepatutnya org rehat. Tapi tak kisahlah,,..dah mmg tanggung jawab. Tapi bila benda2 camni jadi...aku jadi makin penat. NAK REHAT.

Tuesday, November 10, 2009

Geng

"Geng". Geng aku dalam buat keje2 baik dan keje2 jahat. Tapi banyak masa aku kat ofis bersuka ria dengan Geng aku ni. Tak kisah pasal umur, jantina,warna kulit dsbnya...yang penting kalau ade peluang mengutuk...mencerca...jangan bagi peluang. Hahaha.


Fendi Torres..suka bawa kenderaan

Ni Fendi Torres. Asal Spain. Dia ni memang samseng. Kalau pasal taruk/sound org mmg handal. Tapi aku lg samseng. Dia suka lagu2 mendayu, cth: pelamin anganku musnah. Dia cakap ade cerita disebalik lagu tu..entah aku tak paham.


Bad...suka main golf

Ni Bad. Tinggi 5 kaki lebih sikit je. Hobi naik bas. kl sp...sp kl...kl sp....Semua driver bas kl-A.Star dia kenal. Siap makan sekali lagi tuh. Pudu memang dia pegang. program Geng hujung minggu mmg dia tak join. Jgn cakap la..mmg dia takde.


Shahmie..suka perang

Ni Shahmie. Dia ni alim sikit. Dalam kereta penuh kaset ngaji..bahan bacaan keagamaan pun ade. Dia ni matang sikit. Tapi sejak akhir2 ni dia sikat kedepan. Satu pembaharuan yang menjadi.

Sayda......suka blackberry... belakang tu ika...suka join Geng aku

Ni Sayda. Budak gelap ni baru dlm Geng. Dia ni pakar dalam buat Slide utk Presentation. Cakap je slide utk ape..semua dalam tangan. Tapi dia ni mmg kadang2 lost. Tapi aku tahu..otak budak ni pandai. Dia biasa jadi "Mangsa" kepada "Pemangsa Lain"..(keje mengutuk je).


Kamal...suka makan

Ni kamal. Mat jantung. Antara anggota tetap Geng aku. Dia ni suka jaga kesihatan. Makan sikit..tak makan makanan bminyak..makan manis langsung tak jamah..

Geng aku ni memang gila dan menceriakan hidup aku. Bagi aku rasa muda dan remaja.

Monday, November 9, 2009

Pepatah of the day.

Ada dua pepatah yang aku dapat hari ni. Biasanya digunakan untuk menyatakan provokasi keatas pihak yang satu lagi. Entah..aku pun tak paham.

Pepatah 1.
Paku dulang, paku bengkok. Mengata org, dia yang bongok.

Pepatah 2. Rumah dah siap, pahat berbunyi tak nak senyap.

Sumber: Geng (em.....mampus)
















Ini "Geng"

Friday, November 6, 2009

Sesekali Menulis


Akum, hai. Tuan2 dan Puan2 hadirin hadirat sekalian. Selamat datang. Tq kerana sudi menyinggah ke blog baruku..tempatku "Sesekali Menulis". Hahaha...Tak kisahla korang nak ckp ape...semua dihujung jari dengan adenya kemajuan teknologi. Cuma jgn terlalu taksub/obses kpd teknologi itu...kerana "Bersuara" lebih baik. Caw...GTG.