Aku rasa blog aku ni memang tak menarik dan hambar. Aku pun bukan pandai sangat buat ayat. Terutama ayat yang menikam jiwa.
Memang pada mulanya blog ni aku wujudkan untuk aku meluahkan rasa hati dan perasaan. Tapi sebenarnya apa cara sekalipun, memang tiada siapa yang paham hati dan perasaan ini. Bacalah seratus kali sekalipun post2 dalam blog ni, tapi tetap tiada siapa yang faham. Kenapa ha??
Aku tak sepatutnya rasa macam ni. Aku kena tanya diri aku...aku ni siapa?? Aku tak nak rasa apa2 lagi dan aku tak nak ambil tahu lagi. Kau bebas buat apa sahaja, sebab masanya akan tiba juga satu hari nanti. Memang telinga dan mata boleh dengar dan baca apa sahaja, tapi perasaan aku hanya aku sahaja yang tahu. Untuk aku tinggalkan semuanya mungkin tidak. Aku boleh layan apa saja. Aku pun boleh simpan ape saja. Jangan bimbang dan risau, aku dah anggap apa yang aku dengar tu sebenarnya tiada kaitan dengan aku. Aku ada kerna kau pun ada. Kalau takda, maksudnya takda lah.
Dengan ini, blog aku hanya sampai disini saja. Ini adalah yang terakhir. Sebab setiap yang bermula akan berakhir, bila tiba masanya.
SELAMAT TINGGAL KINGAZMI.......






